Sunday, April 3, 2011

chapter 2

di saat ini...hanya aku tahu..aku mulai merindui jenakamu, guraumu, tawamu dan menunggu kehadiran dirimu..


kerana cinta aku ketawa
kerana cinta aku menangis
kerana cinta semuanya menghilang
dan kerana cinta aku telah mati.......


apa yang ada di dalam hati dan benak ini hanyalah segumpal byangan yang ku belum siapa dia. kenapa aku begitu takut, keliru ,ragu untuk menerpa tampil kehadapan untuk mengenali dirinya...
apa yang pasti...dia mempunyai mata yang cantik...
dan apa yang ku lihat padanya semuanya serba indah dan cantik2 belaka...tidak ada yang cact cela atau tidak sempurna pada nya..dialah wanita yang kulihat sangat sempurna...dan tidak ada selainnya ...


tetapi kini...aku hanya mampu memandangnya dari jauh..menikmati kecantikannya dari jauh..bermain dengan emosiku sendiri tanpa ada seorang pun yang tahu bahawa sesungguhnya aku telah jatuh cinta padanya...tetapi aku tidak tahu dari mana ku harus bermula...kini aku seperti orang yang hilang akal..mcm tunggul kayu..kaku,terpahat dan tidak tahu apa yang harus aku lakukan....




............... 

Wednesday, March 23, 2011

chapter 1

Love....
Apa kah makna cinta? apakah makna sayang? apakah makna suka ? apakah makna rasa kesunyian tanpa seseorang? Inikah cinta? sukar bukan untuk kita memahami serta mengerti apakah yang kita rasa sebenarnya..kadang kala kita tidak mengerti dan terkeliru di manakah kita telah berpijak...
Cinta adalah anugerah...ia mampu mengubah diri seseorang, mengubah segalanya sehingga kita tidak faham kenapa seseorang membunuh diri kerana cinta.. Apakah bodohnya? ya!!! kita buta, bodoh, keliru,leka dan abnormal kerana cinta...percayalah kerana kamu merasainya juga bukan...

maafkan aku kerana apa yang akan tertulis di sini adalah kisah cinta ku..kisah cinta yang tidak pernah seseorang pun tahu betapa dahsyatnya cinta ini.kerana aku akan menjadi bukti cinta-cinta yang bermain dalam naluri pencinta-pencinta ini. kerana aku akan menjawab persoalan dalam hati mereka cinta adalah anugerah.

THIS IS MY LOVE STORY

i love you like crazy..

cinta...apa yang aku cari sekarang. semua telah ku dapat. perempuan? cinta? kasih sayang? kalaulah perempuan ku cari aku sudah mempunyai ramai bekas kekasih yang sehingga diriku sendiri tidak tahu berapa jumlah mereka kalau dikira. bodohnya aku kerana tidak ada satu pun mereka melekat dihati ku ini.
kenapa hatiku begitu keras untuk merasakan kehadiran degupan atau kedipan perasaan cinta? maafkan aku kerana aku bukan tidak mencinta mereka kerana aku tidak pernah merasakan wujud perasaan cinta di dalam hati ku ini. perasaan yang ku rasa ini bukanlah perasaan  cinta..ia adalah perasaan ego... ego ku sebagai seorang lelaki. aku menjaga, care dan menemani setiap waktu bersama-sama adalah kerana perasaan kasih sayang dan risau. ku belum dapat merasakan cinta di dalam hati ini. tetapi aku tidak tahu apa perasaan di dalam mereka saat mereka memegang tanganku. apakaha ada degupan di hati mereka ataupun hanya sekadar seperti seketul batu yang keras.


namun...di suatu saat yang aku sendiri tidak pasti bila aku telah merasakan kepanasan dalam hati ini. kepanasan bukan krna bahang mentari tetapi panasnya aura cinta. degupan jangtungku mulai meningkat...apakah petanda ini? adakah antara mereka yang berada di hadapan ku itu telah memancarkan auranya sehingga magnet di dalam hati ini memberi cas nya...ohhhh noo...aku telah jatuh cinta!!! siapakah dia? cintakah ini? persoalan telah bermain di dalam kepalakku..inilah saat paling sukar bagi ku...perlukah aku mencari cinta tersebut atau berharap dia datang sendiri. bergolek dan berkata... "i love u". mimpi!!!!! jangan bermimpi lah...tidak ada perkara begitu mudah di dunia ini. apa yang aku tahu kini bahwa aku telah jatuh cinta..jatuh cinta kepada seorang insan misteri...misteri kerana aku tidak pernah tahu siapa dirinya, siapa namanya dan adakah dia sudah berpunya? bodoh kan diriku ini...kenapa aku terlalu melulu untuk memendam perasaan ini sedangkan apa yang ku harapkan tersebut belum ada kepastiannya. sikapku ini umpama dengar guruh di langit air ditempayan dituangkan...krna cinta membuatkan aku menjadi kelam kabut.hidup tidak terurus..yang penting saat ini aku ingin mengenali insan misteri tersebut dengan lebih dalam. aku akan melakukan apa sekali pun asalkan aku dapat mengenalinya...


INI KERANA.. AKU MULAI MERINDUINYA..
apakah kesudahan cinta nya? dapatkah dia mengenali gadis misteri tersebut? apakah halangan yang akan dia lalui? dan saksikan dengan sendiri kisah cinta yang dilaluinya...


.....bersambung Chapter 2...